SEK KITA JANGAN PPECOH

Thursday, December 15, 2016

KEMBALINYA MAK CIK MOH DAN DAN MAK YAH

              Mak Yoh                                                       Mak Moh Assalamualaikum Minggu ni kampung kita kehi... thumbnail 1 summary




              Mak Yoh                                                       Mak Moh

Assalamualaikum
Minggu ni kampung kita kehilangan dua orang insan, Mak Yah dan Mak Moh. Kedua-duanya akibat sakit tua. Mak Yoh meninggal pada 15 Disembar 2016, lebih kurang jam 7 30 malam jumaat di rumah Ajah, anak dia di Padang Halban, Kadok. Manakala Mak Moh meninggal pada 9 Disember 2016, jumaat pagi di rumah dia tepi Masjid Lebai Hasan.

Untuk pengetahuan semua Makyah ni ialah emak kepada Pok Din Bob. Anak bongsu Allahyarham Pak Nghah Deroman, tok guru al Quran terkenal tahun 60 hingga 80 an dulu. Dua lagi anak Allahyarham yang masih ada selain Pok Din ialah Ajah yang tinggal di Padang Halban, Kadok dan Sharipah yang tinggal di jalan Jabi, Kedai Baru. Arwah juga merupakan adik kepada Mak Dah, emak admin.

Manakala Mak Moh ni pula ialah adik kepada Kak Wan Lijah dalam pondok. Kak Wan Lijah emak Pok Tar. Mak Moh ni dulunya tinggal di Kota Bharu tapi menetap di Kedai Baru hampir 5 tahun dulu rasanya. Walaupun tinggal di luar Kedai Baru tapi arwah dan anak-anaknya seperti warga Kedai Baru dari dulu lagi kerana sering berkunjung  ke Kedai Baru

Takziah diucapkan kepada kedua-dua keluarga. Semoga Allah menempatkan keduanya dalam kalangan hamba-Nya yang Soleh.

ALBUM

TAHUN 50an TAHUN 60an TAHUN 70 TAHUN 80 TAHUN 90 TAHUN 2000 thumbnail 1 summary
TAHUN 50an
TAHUN 60an
TAHUN 70
TAHUN 80
TAHUN 90
TAHUN 2000

Sunday, November 13, 2016

Assalamualaikum.....

Assalamualaikum kepada semua warga KEDAI BARU. Kita akan panggil KBU iaitu Kedai Baru United lepas ni. Harap-harap semua warga KBU sihat sej... thumbnail 1 summary
Assalamualaikum kepada semua warga KEDAI BARU. Kita akan panggil KBU iaitu Kedai Baru United lepas ni. Harap-harap semua warga KBU sihat sejahtera dalam limpah rahmat Allah swt.

Alhamdulillah hari ni ada kekuatan dan keizinan daripada Allah untuk saya buat blog ni. Kita dah ada group whatsapp, dah ada group Telegram dan dah ada group Facebook. Apa perlunya pula untuk buat blog. Semua media tu ada kelebihan masing-masing. Blog ni lebih dianya ialah gambar atau apa sahaja yang kita masukkan tak hilang begitu saja. Dalam media lain gambar atau tulisan tu akan turun ke bawah, ke bawah dan ke bawah, sehingga akhirnya kita sendiri tak mampu untuk turun ke bawah mencarinya. Malah banyaknya yang hilang kerana kita terpaksa delete untuk mengelak penuhnya device kita. Jadi kerana itulah saya bina blog ni. Lebih kepada untuk mengabadikan sesuatu peristiwa atau berita yang berlaku di tanah kesayangan kita.

Sekian