SEK KITA JANGAN PPECOH

Wednesday, March 8, 2017

ADMIN FC JUARA FUTSAL MUHIBBAH KEDAI BARU KALI KE DUA 2017

KEDAI BARU. Admin Fc telah muncul bergaya sebagai juara dalam kejohanan Futsal Muhibbah Kedai Baru Kali ke 2 2017 dengan mengalahkan Toke... thumbnail 1 summary

KEDAI BARU. Admin Fc telah muncul bergaya sebagai juara dalam kejohanan Futsal Muhibbah Kedai Baru Kali ke 2 2017 dengan mengalahkan Tokey Fc melalui penentuan sepakan Penalti. Dalam perlawanan akhir yang cukup sengit kedua pasukan telah terikat 2 sama sehingga wisel penamat.
Keeper Admin Fc, Busa


Walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, Admin Fc telah mengejutkan pihak lawan dengan jaringan Azim dari tendangan kencang dari tengah padang pada minit ke 4. Tersentak dengan jaringan tersebut Tokey Fc mula meningkatkan permainan mereka dengan larian-larian laju dan percubaan merbahaya.

Selepas bertukar gelanggang akhirnya Tokey Fc berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1 - 1 melalui kembar. Kemaraan Tokey Fc semakin sukar disekat apabila mereka berjaya menjaringkan satu lagi gol menjadi 2 -1. Dengan kelajuan dan kecergasan yang tinggi kelihatan terlalu sukar untuk Admin Fc menyaingi penguasaan Tokey Fc. Ketika segala-galanya seolah-olah sudah berakhir dan kejuaraan dalam dakapan Tokey Fc, tiba-tiba Admin Fc mendapat sepakan sudut. Peluang terakhir itu menjadi tuah yang menceriakan kem Admin Fc. Admin muncul sebagai penyelamat pasukan. Tendangan sudut diambil oleh Admin sendiri dengan tendangan laju terus ke arah gol. Bola terkena badan penjaga gol dan melantun menyentuh pukat. 2 - 2. Wisel penamat terus ditiup oleh pengadil bertugas dan penentuan terpaksa dibuat melalui penalti

Man Tokey mengambil sepakan pertama dan tendangannya terkeluar di sebelah kiri tiang gol. Penendang pertama Admin Fc, Bedu cuba membuat sukitan tetapi bola terlalu perlahan dan dapat ditepis oleh Pipi, penjaga gol Tokey Fc. 0 - 0

Poksu Hayat mengambil tendangan kedua dengan tendangan rendah kencang di tengah yang terus menerjah jaring. Mat anak sedara Budi juga berjaya menewaskan Busa, penjaga gol Admin Fc. 1 - 1

Zahran, dengan bola tojok menewaskan Busa. Amir Faiz menyamakan kedudukan dengan tendangan kencang rendah di tengah. 2 - 2


Admin sedang menerima hadia juara dari Datok Mat

Kejayaan Admin Fc mula terbayang apabila Busa dapat membaca dengan baik dan berjaya menahan sepakan kencang Nasim kembar. Kejayaan Admin Fc disahkan oleh Admin sendiri apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan tendangan kencang ke sebelah kiri dan Pipi menjatuhkan badan di sebelah kanan. 2 - 3

TAHNIAH ADMIN FC



 Abe Zul Kepten Kemah Fc

Keeper Kemah Fc, Jaja

No comments

Post a Comment