SEK KITA JANGAN PPECOH

Wednesday, March 8, 2017

KBU B MUNCUL NAIB JUARA BOLASEPAK 7s LUBOK PUKOL

Bergambar bersama Edmi KBU sebelum final LUBOK PUKOL : Lama dah tak ada bola 7 sebelah. Tiba-tiba kg Lubok Pukol telah menganjurkan bola... thumbnail 1 summary
Bergambar bersama Edmi KBU sebelum final
LUBOK PUKOL: Lama dah tak ada bola 7 sebelah. Tiba-tiba kg Lubok Pukol telah menganjurkan bolasepak Muhibbah 7 sebelah PADA 4 MAC 2017. Bukan setakan kg berjiran, Kedai Baru dan Lubok Pukol ni macam orang sama je. Mukim sama, masjid sama, malah penhulu pun sama.

atas jemputan Kedai Baru telah menghantar dua team iaitu KBU A dan KBU B. KBU A merupakan pasukan pilihan dengan pemain terbaik seperti Man Tokey, Payik, Cigu Di, Pok Su Hayat,  Sindi, Amir Faiz dan Nasim Kembar sebagai penjaga gol.

Manakala KBU B diwakili oleh Tok Nyulu Apih, Sarjan Misai, Ustaz Pi, Mirul dan ayah dia Nuri, Mamat Kak Roh, Jaja dan Pok Yo

Setelah mengharungi liga dua kumpulan, akhirnya KBU A keluar sebagai johan kumpulan A dan KBU B keluar sebagai naib johan kumpulan B. Ini menyebabkan keduanya terpaksa bertarung sesama sendiri di peringkat separuh akhir. Selepas terikat 1 - 1, tuah akhirnya memihak kepada KBU B setelah muncul pemenang melalui penalti dengan agregat 4-3 berikutan kegagalan Payik menyumbat penalti.

Pengarah strategi dan bek KBU B
Dalam separuh akhir satu lagi Takang melawan Lubok Pukol juga terpaksa ditentukan melalui penalti setelah permainan berakhir tanpa jaringan. Sepakan penalti terpaksa diadakan sampai pemain terakhir kerana keduadukan sentiasa terikat. Bila Lubok Pukol Berjaya, Takang juga berjaya. Bila Lubok Pukol gagal menyumbat gol, Takang juga gagal. Mendebarkan dan melucukan.

Akhirnya final menemukan KBU B dengan Lubok Pukol. Sekali lagi permainan berakhir tanpa jaringan dan pemenang terpaksa ditentukan melalui penalti. Nyata tuah menjadi milik tuan rumah kerana berjaya muncul juara dengan jaringan 3-2.

Tahniah walaupun menang tempat kedua

Add caption


Payik menerima hadia saguhati






No comments

Post a Comment