SEK KITA JANGAN PPECOH

Thursday, March 9, 2017

MESYUARAT DAN PENGUNDIAN BOLASEPAK 7s TERTUTUP KEDAI BARU

KEDAI BARU: Sekali lagi kampong Kedai Baru akan dimeriahkan dengan aktiviti sukan. Kali ini bolasepak & sebelah pula. Idea awalnya datan... thumbnail 1 summary
KEDAI BARU: Sekali lagi kampong Kedai Baru akan dimeriahkan dengan aktiviti sukan. Kali ini bolasepak & sebelah pula. Idea awalnya datang dari Man Tokey, bekas kapten team futsal Tokey Fc. Mungkin sebab tak puas hati kerana pasukannya gagal muncul juara dalam dua edisi sukan berturut-turut iaitu Kejohanan Futsal Muhibbah Kedai Baru dan 7 Sebelah Lubok Pukol walaupun dalam kedua-dua kejohanan itu pasukannya dianggap sebagai pasukan pilihan dan terkuat.

Apapun itu bukan sebab sebenar, sebab sebenarnya ialah ada individu yang memberikan sponsor dan meminta supaya kejohanan 7 Sebelah diadakan. Siapa orang yang murah hati tu. Rahsia...tak boleh diberitahu lagi. Tunggu majlis penyampaian hadiah setelah tamat kejohanan nanti...tahulah nanti

Berikutan itu seperti biasa team pengurusan dibentuk dan dianggotai oleh muka-muka biasa. Orang-orang kuat KBU. Edmi (Ust Mat), Man Tokey sendiri, Pok Din, Tok Nyulu Apih, Sarjan Misai, Payik dan Pak Su Hayat telah diamanahkan untuk mengatur segala persiapan dan menyelia perjalanan kejohanan ini. Dua pertemuann telah diadakan untuk mengatur segala-galanya, dari pembentukan team sehingga penbahagian hadiah.

Apa yang membanggakan kejohanan kali ini telah berjaya memanggil emula ramai set usang (otai) untuk beraksi kembali. Antaranya Sedi Mokku, Poktar, Mat Nor Pakda Him, Kemojo, Mat Toyo, Jali Lubok, Kkoya, Abe Din Beris dan lain-lain. Semoga semuanya berjalan dengan lancar








No comments

Post a Comment