SEK KITA JANGAN PPECOH

Friday, March 31, 2017

DALAM PONDOK FC MUNCUL JUARA 7 SEBELAH TERTUTUP KEDAI BARU

KEDAI BARU Tahniah. Dalam Pondok Fc di bawah pimpinan Tok Nyulu Hafizulloh telah menucul sebagai juara. Kejayaan manis ini boleh dianggap se... thumbnail 1 summary
KEDAI BARU Tahniah. Dalam Pondok Fc di bawah pimpinan Tok Nyulu Hafizulloh telah menucul sebagai juara. Kejayaan manis ini boleh dianggap sebagai satu kejutan. Ini kerana dalam perlawanan final mereka telah berjaya menundukkan Pagar Tok Dor fc dengan jaringan 1- 0. Pagar Tokdor merupakan pasukan pilihan kerena dalam pusingan kumpulan mereka telah membelasah Dalam pondok 3 -0.

Nampakanya kekalahan dalam pusingan telah memberikan pengajaran kepada Dalam Pondok. Dengan barisan pemain kurang ternama, mereka mengatur strategi permainan dengan mantap dan semangat sepasukan yang tinggi. Akhirnya mereka berjaya menembusi pukat gol lawan menerusi kembar. Gol tersebut telah menyentak Pagar Tokdor. Beberapa pertukaran strategi telah dilakukan oleh Man Tokey, Kepten Pagar Tok Dor. Tetapi Dalam dapat bertahan sehingga ke wisel penamat.

Lebih manis lagi beberapa orang pemain Dalam Pondok telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Penjaga gol terbaik Tok Nyulu Hafizullah (Dalam Pondok). Pemain veteran terbaik Ustaz Pi (Dalam Pondok). Remaja Terbaik dianugerahkan kepada Kembar Nasim (Dalam Pondok). Penjaring tebanyak Datok Napi (Getah Kuning)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

GOTONG ROYONG MEMBAIKI PADANG BOLA KBU

KEDAI BARU Muafakat membawa berkat. Memang jelas terpancar semangat muafakat warga KBU. Kali ni mereka pakat tubik membaiki padang bola. Sua... thumbnail 1 summary
KEDAI BARU Muafakat membawa berkat. Memang jelas terpancar semangat muafakat warga KBU. Kali ni mereka pakat tubik membaiki padang bola. Suasana meriah seperti ada pesta. Set-set remaja tidak loket tenaga manakala yang veteran tidak kedekut untuk berkongsi idea. Memesin rumput, membuar garisan, mengecat tiang gol, membuat bangsal panas dan membuang kayu kayan yang berada di sekeliling padang.


SELAMAT PENGANTIN BARU AYUNI DAN FAIZ, TUAN NASIR DAN PASANGAN

KEDAI BARU Cuti sekolah pertengahan penggal satu terus diwarnai dengan majlis-maslis perahwinan. Kali ni beberapa pasangan naik pelamin di K... thumbnail 1 summary
KEDAI BARU Cuti sekolah pertengahan penggal satu terus diwarnai dengan majlis-maslis perahwinan. Kali ni beberapa pasangan naik pelamin di Kedai Baru. Antaranya Tuan Nasir dan pasangannya. Kenduri rumah Mok Joh diadakan pada 19 Mac 2017.

Pasangan Ayuni dan Faiz juga turur mencuri peluang cuti ini untuk mengikat hubungan mereka secara sah. Majlis akad diadakan di Masjid Lebai Hassan dan kenduri di rumah pengantin perempuan diadakan pada hari yang sama, 20 Mac 2017.

Tahniah kepada kedua-dua pasanagan. Semoga bahagia ke anak cucu

Friday, March 10, 2017

GAMBAR TERBAIK BULAN DISEMBER 2016: POKTAR

POK TAR, otai KBU bersama isteri tersayangnya, pn Zainun. Nasi sebungkus makan dua orang dalam suasana tenang, harmoni dan penuh kesopan... thumbnail 1 summary


POK TAR, otai KBU bersama isteri tersayangnya, pn Zainun. Nasi sebungkus makan dua orang dalam suasana tenang, harmoni dan penuh kesopanan. Ini menyerlahkan kasih sayang dan saling melengkapi antara kedua mereka.

Gambar di ambil atas beranda masjid Lebai Hassan pada hari kematian Allahyarhamah Mak Cik Mah. Semoga pasangan Pok Tar dan Pn Zainun hidup bahagia dunia akhirat dan sentiasa dalam lipahan rahmat ilahi

Thursday, March 9, 2017

MESYUARAT DAN PENGUNDIAN BOLASEPAK 7s TERTUTUP KEDAI BARU

KEDAI BARU: Sekali lagi kampong Kedai Baru akan dimeriahkan dengan aktiviti sukan. Kali ini bolasepak & sebelah pula. Idea awalnya datan... thumbnail 1 summary
KEDAI BARU: Sekali lagi kampong Kedai Baru akan dimeriahkan dengan aktiviti sukan. Kali ini bolasepak & sebelah pula. Idea awalnya datang dari Man Tokey, bekas kapten team futsal Tokey Fc. Mungkin sebab tak puas hati kerana pasukannya gagal muncul juara dalam dua edisi sukan berturut-turut iaitu Kejohanan Futsal Muhibbah Kedai Baru dan 7 Sebelah Lubok Pukol walaupun dalam kedua-dua kejohanan itu pasukannya dianggap sebagai pasukan pilihan dan terkuat.

Apapun itu bukan sebab sebenar, sebab sebenarnya ialah ada individu yang memberikan sponsor dan meminta supaya kejohanan 7 Sebelah diadakan. Siapa orang yang murah hati tu. Rahsia...tak boleh diberitahu lagi. Tunggu majlis penyampaian hadiah setelah tamat kejohanan nanti...tahulah nanti

Berikutan itu seperti biasa team pengurusan dibentuk dan dianggotai oleh muka-muka biasa. Orang-orang kuat KBU. Edmi (Ust Mat), Man Tokey sendiri, Pok Din, Tok Nyulu Apih, Sarjan Misai, Payik dan Pak Su Hayat telah diamanahkan untuk mengatur segala persiapan dan menyelia perjalanan kejohanan ini. Dua pertemuann telah diadakan untuk mengatur segala-galanya, dari pembentukan team sehingga penbahagian hadiah.

Apa yang membanggakan kejohanan kali ini telah berjaya memanggil emula ramai set usang (otai) untuk beraksi kembali. Antaranya Sedi Mokku, Poktar, Mat Nor Pakda Him, Kemojo, Mat Toyo, Jali Lubok, Kkoya, Abe Din Beris dan lain-lain. Semoga semuanya berjalan dengan lancar








Wednesday, March 8, 2017

KBU B MUNCUL NAIB JUARA BOLASEPAK 7s LUBOK PUKOL

Bergambar bersama Edmi KBU sebelum final LUBOK PUKOL : Lama dah tak ada bola 7 sebelah. Tiba-tiba kg Lubok Pukol telah menganjurkan bola... thumbnail 1 summary
Bergambar bersama Edmi KBU sebelum final
LUBOK PUKOL: Lama dah tak ada bola 7 sebelah. Tiba-tiba kg Lubok Pukol telah menganjurkan bolasepak Muhibbah 7 sebelah PADA 4 MAC 2017. Bukan setakan kg berjiran, Kedai Baru dan Lubok Pukol ni macam orang sama je. Mukim sama, masjid sama, malah penhulu pun sama.

atas jemputan Kedai Baru telah menghantar dua team iaitu KBU A dan KBU B. KBU A merupakan pasukan pilihan dengan pemain terbaik seperti Man Tokey, Payik, Cigu Di, Pok Su Hayat,  Sindi, Amir Faiz dan Nasim Kembar sebagai penjaga gol.

Manakala KBU B diwakili oleh Tok Nyulu Apih, Sarjan Misai, Ustaz Pi, Mirul dan ayah dia Nuri, Mamat Kak Roh, Jaja dan Pok Yo

Setelah mengharungi liga dua kumpulan, akhirnya KBU A keluar sebagai johan kumpulan A dan KBU B keluar sebagai naib johan kumpulan B. Ini menyebabkan keduanya terpaksa bertarung sesama sendiri di peringkat separuh akhir. Selepas terikat 1 - 1, tuah akhirnya memihak kepada KBU B setelah muncul pemenang melalui penalti dengan agregat 4-3 berikutan kegagalan Payik menyumbat penalti.

Pengarah strategi dan bek KBU B
Dalam separuh akhir satu lagi Takang melawan Lubok Pukol juga terpaksa ditentukan melalui penalti setelah permainan berakhir tanpa jaringan. Sepakan penalti terpaksa diadakan sampai pemain terakhir kerana keduadukan sentiasa terikat. Bila Lubok Pukol Berjaya, Takang juga berjaya. Bila Lubok Pukol gagal menyumbat gol, Takang juga gagal. Mendebarkan dan melucukan.

Akhirnya final menemukan KBU B dengan Lubok Pukol. Sekali lagi permainan berakhir tanpa jaringan dan pemenang terpaksa ditentukan melalui penalti. Nyata tuah menjadi milik tuan rumah kerana berjaya muncul juara dengan jaringan 3-2.

Tahniah walaupun menang tempat kedua

Add caption


Payik menerima hadia saguhati






ADMIN FC JUARA FUTSAL MUHIBBAH KEDAI BARU KALI KE DUA 2017

KEDAI BARU. Admin Fc telah muncul bergaya sebagai juara dalam kejohanan Futsal Muhibbah Kedai Baru Kali ke 2 2017 dengan mengalahkan Toke... thumbnail 1 summary

KEDAI BARU. Admin Fc telah muncul bergaya sebagai juara dalam kejohanan Futsal Muhibbah Kedai Baru Kali ke 2 2017 dengan mengalahkan Tokey Fc melalui penentuan sepakan Penalti. Dalam perlawanan akhir yang cukup sengit kedua pasukan telah terikat 2 sama sehingga wisel penamat.
Keeper Admin Fc, Busa


Walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, Admin Fc telah mengejutkan pihak lawan dengan jaringan Azim dari tendangan kencang dari tengah padang pada minit ke 4. Tersentak dengan jaringan tersebut Tokey Fc mula meningkatkan permainan mereka dengan larian-larian laju dan percubaan merbahaya.

Selepas bertukar gelanggang akhirnya Tokey Fc berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1 - 1 melalui kembar. Kemaraan Tokey Fc semakin sukar disekat apabila mereka berjaya menjaringkan satu lagi gol menjadi 2 -1. Dengan kelajuan dan kecergasan yang tinggi kelihatan terlalu sukar untuk Admin Fc menyaingi penguasaan Tokey Fc. Ketika segala-galanya seolah-olah sudah berakhir dan kejuaraan dalam dakapan Tokey Fc, tiba-tiba Admin Fc mendapat sepakan sudut. Peluang terakhir itu menjadi tuah yang menceriakan kem Admin Fc. Admin muncul sebagai penyelamat pasukan. Tendangan sudut diambil oleh Admin sendiri dengan tendangan laju terus ke arah gol. Bola terkena badan penjaga gol dan melantun menyentuh pukat. 2 - 2. Wisel penamat terus ditiup oleh pengadil bertugas dan penentuan terpaksa dibuat melalui penalti

Man Tokey mengambil sepakan pertama dan tendangannya terkeluar di sebelah kiri tiang gol. Penendang pertama Admin Fc, Bedu cuba membuat sukitan tetapi bola terlalu perlahan dan dapat ditepis oleh Pipi, penjaga gol Tokey Fc. 0 - 0

Poksu Hayat mengambil tendangan kedua dengan tendangan rendah kencang di tengah yang terus menerjah jaring. Mat anak sedara Budi juga berjaya menewaskan Busa, penjaga gol Admin Fc. 1 - 1

Zahran, dengan bola tojok menewaskan Busa. Amir Faiz menyamakan kedudukan dengan tendangan kencang rendah di tengah. 2 - 2


Admin sedang menerima hadia juara dari Datok Mat

Kejayaan Admin Fc mula terbayang apabila Busa dapat membaca dengan baik dan berjaya menahan sepakan kencang Nasim kembar. Kejayaan Admin Fc disahkan oleh Admin sendiri apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan tendangan kencang ke sebelah kiri dan Pipi menjatuhkan badan di sebelah kanan. 2 - 3

TAHNIAH ADMIN FC



 Abe Zul Kepten Kemah Fc

Keeper Kemah Fc, Jaja

Thursday, March 2, 2017

WARNA WARNI FUTSAL KBU KALI KE 2 2017

Cigu Di dan BBaker....bergambar sebelum belawan Ust Lah Hasmora...balik dari Sabah ...bersama Edmi Sarjan Misai...tukar baju da... thumbnail 1 summary

Cigu Di dan BBaker....bergambar sebelum belawan

Ust Lah Hasmora...balik dari Sabah ...bersama Edmi

Sarjan Misai...tukar baju dah maklumlah Rajawali Fc kandas pusingan kumpulan lagi

Jadi keeper pulok dah Sarjan ...Rajawali Fc

Busa Edmi Fc...Ore kuat KBU bersama Abe Zul Kemah Fc

Gambar ramai-ramai dulu sepukol sebelum start games

Otai KBU Poktar buat cabutan bertuah

YB Besut Datuk Ipu cabut nombor bertuah..cabut nombor ambo ter

Alif Mata ke Mata...nama glamer dalam KBU kali ni

Tok Nyulu amik hadiah dah...

Sabar tunggu hadiah

Bergambar dengan Datok Mat dulu sebelum final...Edmi Fc lawe Tokey Fc

Sedak penonton pun

Baru lepas gatung banner...payik taiko KBU cawangan remaja

mmmm...relax jah YB Rahimil terima hadiah...saguhati kali tak nyungguh tu

Saba...saba...semetar lagi kita bbagi hadiah

Peminat setia 

Al-Idrus...terbang balik dari Port Dikson untuk bersama Rajawali Fc


Yie Polo mari jengok

Kijang Fc bergambar dgn bakal YB

Warming up dulu..bbetul betul urat hak kendur....

Macam-macam kena pikir nak suruh game bejalan lacar...untuk KBU 

Kapten Tokey Fc..Man buleh hadiah cabutan bertuah dari YB Besut

YB Besut tak pernah miss program KBU walaupun duduk jauh di Kg Palo Gajah, Besut..

Guano pakat cacang ter

Amir Faiz anak ust PI buleh hadiah nombor bertuah...limau mandarin sekotak..

Abe in...super otai KBU..sebagai penghargaan kita jeput untuk cabut nombor bertuah

Jamu ref dulu...rahsia nakk mene...tapi ref negeri ni..jamu buleh...kecek takleh..



Guano gambar Busa kot netang pulok dah